Benar Ke CINTA penyebab Kita GAGAL dalam PELAJARAN?

Bismillah....
Hye you all!!!
hmmm...
Sekian lama tak update blog,hari ni nisa nak update blog..
Hari ni nisa nak update pasal...
"ADAKAH BENAR CINTA ITU PENYEBAB KITA GAGAL DALAM PELAJARAN?"
Okay.....
Ramai yang menyatakan bahawa CINTA di zaman sekolah tidak elok,kerana ianya akan menyebabkan pelajaran kita terganggu..Yeka???Ada juga yang kata,cinta waktu sekolah ni,hanya CINTA MONYET...Sebab cinta zaman sekolah ni takkan kekal..yeka???hahahaha..Mungkin ada juga benarnya cinta zaman sekolah ni tak kemana..Tapi ada juga cinta zaman sekolah ni kekal sampai ke jinjang pelamin...
Kenapa?Tak percaya??
Cuba korang fikir balik...Betul ke cinta itu penyebab kita gagal dalam pelajaran atau dalam bahasa sopan sikit pelajaran merudum(jatuh)?? Bagi nisa,tak rasanya..Terpulang pada individu untuk mengawal masalah cinta mereka....Tapi kebanyakan orang,memang bercinta beria-ria sampaikan pelajaran entah kemana...Sebenarnya terletak hujung pangkal diri sendiri..Cinta bukan penyebab kita gagal dalam pelajaran kita,cuma ianya bergantung pada cara kita selesaikan masalah cinta...
Saya Ambil Contoh, ATHIRAH BINTI HUSSEIN a.k.a TYYRALAMBERT...korong kenal dia??okay maybe tak semua kenal dia...
ni la Athirah Hussien a.k.a TYYRA LAMBERT..
Okay..
saya jadikan dia ni contoh bukan kerana dia adik saya,tapi disebaliknya,saya nak tunjuk dekat korang,cinta bukanlah punca sebenar kita gagal dalam pelajaran...
Mungkn ramai orang tahu kisah percintaan TYYRA dengan AMIR...Senang kata orang bagi gelaran kat pasangan ni "SWEET COUPLE" satu muar tahu kisah diaorang,terutama dikalangan remaja...Athirah Hussein,terkenal dengan kisah percintaan dia...Di blog je penuh dengan kisah-kisah romantik dia dengan Amir..Hahaha..Sampai ada orang cemburu dengan diaorang...Tapi,disebalik sweet diaorang,ada pergaduhan-pergaduahan kecil mahupun besar,yang orang tak tahu,tapi nisa tahu apa yang jadi sepanjang mereka couple....Mungkin ada juga tahu....Yang saya tabik pada Tyyra,dia bijak mengawal situasi sesuatu pergaduhan antara dia dengan Amir....Nisa pernah melihat diaorang gaduh depan mata nisa sendiri...Tapi pergaduhan tu,sedikit pun tak meganggu pelajaran Tyyra...Sebab ni bijak membahagikan hal peribadi dengan pelajarann....Bak kata orang"Cinta,cinta juga,tapi pelajaran kena jaga" itu lah yang tyyra pandukan untuk mengawal pelajaran dia dan cinta...Bunyi macam senangkan??Tapi hakikatnya,susah nak bahagikan masalah personal dengan pelajaran,tapi nak atau tak nak,kita kena bahagikan...Sebab mak ayah kita dah habis beribu-ribu untuk kita belajar..Takkan disebabkan cinta,kita hampakan harapan mak ayah kita....
Tyyra tak pernah nak hampa kan mak ayah dia,sebagai bukti,dia mendapat 5A dalam UPSR,dan pada tahun lepas dia duduki PMR,ternyata kerjayaan dia berterusan,dia dapat 8A,syukur Alhamdulillah...
Ni slip PMR tyyra
8A!!
Akak mana tak rasa bangga bila adiknya,berjaya dalam hidup,walaupun pelbagai tomahan,kritikan,kutukan serta pandangan yang negative dapat ditangkas dengan kerjayaan dalam pelajaran....Sekarang kerjayaan tyyra berterusan apabila dia terpilih dalam,COMPETITION SPEECH kat SINGAPORE....Nisa bersyukur sangat dia dapat,ni semua berkat usaha dia....
Macam nisa cakap,sebenarnya cinta bukan penyebab sebenar kita gagal...Kalau korang nak tahu,sebelum tyyra duduki peperiksaan,dia ada bergaduh dengan Amir,tapi sedikitpun tak meganggu peperiksaan awam dia..Sebenarnya,hujung pangkal diri sendiri,mahupun kerjayaan ataupun kegagalan..
Nisa tak nafikan,tak semua orang boleh kawal masalah cinta mereka..Ada yang kemurungan,ada yang jadi gila,ada juga sampai tahap nak tukar jantina,kerana kecewa dengan cinta...Hahaha...Sebab tu orang kata cinta tu buta,tapi sebenarnya hati manusia yang membutakan cinta tu....
So,sekarang nisa harap korang dapat membahagikan masalah personal korang dengan pelajaran,jangan campur adukan....Ingat mak ayah kita yang dah banyak berkorban untuk kita,haya dengan kerjayaan dapat membalas budi mereka....Apa pun yang kita lakukan,ingat mak ayah kita yang menunggu kerjayaan kita.....
Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak.....Kerana mak ayah kita makin hari makin tua,kita pula makin membesar dan makin matang,jadikan pengorbanan mak ayah kita sebagai satu semangat atau kekuatan untuk menuju kerjayaan yang ada didepan kita..Berusahalah untuk kesitu....
Akhir kata,maaf jika ada yang terasa dengan entry nisa kali ni dan maaf juga jika apa yang nisa tulis ni,ada cacat cela,sesungguhnya kita bukanlah manusia yang sempurna,tapi berusaha untuk jadi yang terbaik.....
Allhamdulillah....Assalamualaikum......

No comments:

Post a Comment

 
Thank you.