Perutusan ^_^




"Ashhaduallahillahhailallah,waash ha duanna Muhammad Rasullah"
ucapan terakhir yang aku harap sempat aku ucapkan..
Aku hidup hanya untuk seketika..
Setiap nyawa akan ditarik jika sudah tiba masanya..
Aku hanya insan yang lurus serta mudah sangat lalai tentang hal duniawi..
Aku juga sering melakukan kesilapan dalam hidup aku..
Jika esok,lusa mahupun yang akan datang,aku pergi 
meninggalkan hal duniawi dan kembali padaNya..
Menjalani hidup di alam baru,iaitu alam akhirat..
Aku tidak tahu dimana tempat aku bila di sana..
Samada di NERAKA JAHANAM @ SYURGA..
Setiap hambaNya ingin masuk kedalam syurga,begitu la aku..
Tapi aku tahu,belum cukup pahala yang aku ada sekarang untuk mendapatkan 
tiket masuk ke dalam syurga yang sesungguhnya sangat indah...


Tapi ada lagi persoalan yang aku sendiri tidak dapat jawab..
apa??
ADAKAH PEMERGIAN AKU AKAN DITANGISI??
aku harap tidak..
sebab??
Aku tidak mahu melihat kesedihan di hari pemergian aku nanti..
Aku tidak akan merasa tenang bila disana nanti...
Aku akan rasa,yang aku dah buat orang yang tangisi pemergian aku TERLUKA..
Rasa bersalah akan menyelubungi roh aku...
Aku tak mampu  nak hapus kan air mata yang gugur dari mata mereka-mereka yang sayang kan aku..

Jika takdir memisah kan aku dari semua orang,
aku harap tiada apa yang aku belum sempat laku kan untuk orang yang aku sayang serta untuk diri aku sendiri..

Hujan yang turun tandanya,aku rindu kalian di dunia..
Angin yang mendayu,merupakan khabar yang aku baik-baik sahaja disana..
Ribut yang kencang,merupakan aku sedang menangis disana...

Tapi...
Adakah aku sanggup hadapi semua ini??
Setelah pelbagai dugaan yang aku tempuhi di dunia ini bersama orang yang aku sayang..
Adakah aku sanggup tinggal kan mereka disini??
Adakah aku mampu melihat mereka berduka??
Adakah aku mampu hadapi takdir yang telah tertulis untuk aku??
Semua persoalan ini akan terjawab bila sudah tiba waktunya..
Aku hanya mampu berdoa dan tawakal takdir yang akan tiba nanti..

Tiada apa yang hendak aku tinggal kan nanti untuk semua orang yang pernah aku serah kan kasih sayang..
cuma,kenangan yang pernah kita cipta ketika bersama..
Aku tak akan pernah padam atau lupa kenagan yang indah mahupun pahit.
Sesungguhnya,hanya itu yang mampu aku simpan..

Maaf kan aku,jika janji yang pernah aku cipta,tidak dapat ditunai kan..
Janji hanya satu kata-kata yang dikeluar kan oleh mulut..
Tapi adakah setiap janji kita akan ditepati??
Adakah hati kita pun janji bersama??
Tidak semua janji akan ditunaikan..
Kerana,kita hanya manusia yang tak pernah sempurna RASUL..
>_<

Namum hati tak pernah mampu melepaskan insan yang pernah aku sayang..
Bukan aku tidak mampu hidup tanpa mereka..
Tetapi,aku hanya lemah tanpa mereka
dan aku tidak boleh hidup tanpa ALLAH s.w.t..

Jika ditanya,ada apa dengan SAYANG??
aku hanya menjawab..
SAYANG mampu mengajar kita untuk menghargai insan yang wujud dalam hidup kita..
SAYANG juga,mampu menguatkan hati kita untuk tetap kukuh ikhlas dalam setiap perbuatan..
SAYANG juga,mampu melihat,mengenal betapa kita hargai setiap hubungan yang terjalin..
SAYANG juga,boleh mewujudkan perassan CINTA kepada  ALLAH s.w.t dan bakal pasangan kita..
SAYANG juga,dapat mengajar kita erti persahabatan....
SAYANG juga,mampu membutakan hati kita..
(^_^)

Akhir kata..
Maaf kan segala kesalahan yang pernah aku lakukan
di dunia ini,dan terima kasih untuk semua nya....

ASSALAMUALAIKUM DUNIA...
(^_^)





No comments:

Post a Comment

 
Thank you.